![]() |
Dr. Ismail Zain. ©2002 Tutordotcom Solution Sdn Bhd |
Kursus itu diadakan di dewan kuliah Pejabat Pendidikan Daerah [PPD], Kuantan, Pahang. Mengikut guru besarnya Tuan Haji Ahmad Dahalan Daud, program berkenaan bertujuan meningkatkan prestasi calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah [UPSR] tahun ini. "Segala usaha gigih pihak sekolah dan guru-gurunya telah meyakinkan para ibu bapa dan segala aktiviti mendapat sokongan yang padu dari PIBG,'' katanya.
![]() |
©2002 Tutordotcom Solution Sdn Bhd |
Ini terbukti dengan adanya persefahaman dua hala di antara ibu bapa dan guru-guru, dengan ibu bapa akan datang ke sekolah berbincang masalah anak-anak, kata Tuan Haji Ahmad Dahalan. "Persefahaman ini ditunjukkan saban tahun," ujarnya. KPPS telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak sekolah dan pihak luar.
No comments:
Post a Comment