Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia
Pendidikan Khas di Malaysia telah wujud sejak tahun 1920an, dengan segolongan sukarelawan yang berasa bertanggungjawab untuk membuka sekolah-sekolah untuk orang kurang upaya. Ianya bermula dengan sekolah untuk orang yang kurang upaya penglihatan dan berkembang kepada sekolah untuk orang yang kurang upaya pendengaran. Setelah itu, pihak kerajaan mula sedar akan kepentingan untuk mengambil alih tanggungjawab ini sepenuhnya. Walaubagaimanapun, kerajaan menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk menyumbang dari segi ilmu dan pelbagai aspek lain.
Motto Pendidikan Khas
"Kecemerlangan Insan Istimewa, Kegemilangan Bersama"
Falsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan Khas Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkawan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang serta pro-aktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif Pendidikan Khas
Dapat mengenali diri sendiri
Dapat hidup berdikari
Mengurangkan beban keluarga
Hidup bersama dan sealiran dalam masyarakat
Menjurus dan pembentukan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui pengetahuan yang diterima
Memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan Negara apabila mendapat pekerjaan dan pendapatan yang baik
Visi Pendidikan Khas
Melahirkan para pelajar Pendidikan Khas yang mampu hidup dalam masyarakat.
Misi Pendidikan Khas
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam kehidupan dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.
Latar Belakang PPKIBP di SK Bukit Sekilau
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran [PPKIBP] bermula di SK Bukit Sekilau pada tahun 1991. Pada masa itu, Cikgu Wan Zulkifli b Haji Wan Muda merupakan penyelaras yang bertanggungjawab bagi mengendalikan program ini. Bilangan murid hanya 14 orang, dengan 4 orang guru sahaja. Selari dengan perkembangan masa, Pendidikan Khas juga semakin mendapat sambutan daripada ibu bapa. Murid-murid semakin bertambah. Pada tahun 2010, komuniti PPKIBP di SKBS terdiri daripada 46 orang murid, 16 guru dan 5 Pembantu Pengurusan Murid [PPM]. Kaedah stesen PDP masih digunakan sebagai suatu kaedah bagi meningkatkan lagi proses PDP yang dirancang. Di samping itu, bengkel PDP juga telah dilaksanakan bagi menarik murid mengikuti pembelajaran; mengikut minat murid.
Kelas Pendidikan Khas 1992 SK Bukit Sekilau |
Tenaga Pengajar Kelas Pendidikan Khas 1992 |
No comments:
Post a Comment