Monday, September 11, 2023

26 - 29 April 2009 | Misi Man Jawa di Ulu Tembeling

Dari 26hb hingga 29hb April 2009, Juruteknik Komputer SKBS, Noor Azman b Muhammad @Man Jawa dipilih untuk menyertai sebuah pasukan khas di bawah naungan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.  Kumpulan elit ini telah menjayakan misi pemasangan rangkaian komputer serta kemudahan internet di Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling, Jerantut. Ianya dianggotai tiga Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, seorang Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Rompin, seorang Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan; serta tiga Juruteknik Komputer dari JPN Pahang dan Sekolah.

Kerja-kerja pemasangan rangkaian bermula pada pagi 27hb April hingga lewat petang 28hb April 2009. Kejayaan misi ini adalah atas kerjasama berpasukan dan komitmen yang tinggi daripada semua yang terlibat. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kerjasama yang amat baik sepanjang tugas pemasangan rangkaian ini berjalan. Diharap supaya guru guru dan pelajar di sini dapat menggunakan kemudahan yang ada ini dengan semaksima mungkin bagi memajukan sekolah serta memastikan murid murid yang di luar bandar ini juga turut merasai kemudahan teknologi dalam mencapai kecemerlangan untuk semua. 

All Images ©2009 Noor Azman Muhammad and PahangTech FT17 Group.


Noor Azman b Muhammad @Man Jawa























No comments:

Post a Comment