Pengenalan
"j-QAF" adalah akronim bagi perkataan Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Program ini berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Datuk Seri Abdullah berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam Al-Quran. Beliau juga menyarankan agar Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas Fardhu Ain dihayati dan Jawi diperkukuhkan bermula dari sekolah rendah. Program ini juga merupakan usaha memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Mata Pelajaran
Khatam Al-Quran
Merangkumi pembacaan Al-Quran dari juzuk 1 hingga 30. Matlamat mata pelajaran ini adalah untuk menghasilkan murid yang khatam Al-Quran semasa berada di sekolah rendah lagi dan mengamalkan bacaan dengan betul dan bertajwid.
Pemulihan Jawi
Memberi tumpuan kepada aspek pemulihan yang merangkumi perkara berikut:
- Menguasai huruf jawi tunggal dan suku kata
- Menulis tulisan jawi dengan baik
- Membaca tulisan jawi dengan lancar
- Mempelajari asas seni tulisan jawi
Bahasa Arab
Diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam, dan diberi pilihan kepada yang bukan beragama Islam. Matlamat mata pelajaran ini adalah untuk menanam minat untuk mempelajari Bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa, di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan betul.
Aktiviti
Januari - November: Kelas Pemulihan Jawi
Januari - November: Kelas Tasmik Tahun 1 - Tahun 4
Januari - November: Kelas Bahasa Arab
Julai - Oktober: Literasi Iqra'
Januari - Oktober: Kem Bestari Solat Tahun 1 - Tahun 4
Bilik j-QAF di Blok C SKBS |
Tenaga Pengajar j-QAF 2009 |
No comments:
Post a Comment