Monday, August 21, 2023

Lencana dan Motto SK Bukit Sekilau




Nama sekolah pada bahagian yang paling atas lencana ini melambangkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau sememangnya terletak di atas sebuah bukit.

Warna kuning tua pada latar belakang nama sekolah, mata pena dan latar belakang banner motto pula; melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu di bumi bertuah ini.

Seterusnya, warna hijau tua pada latar belakang utama lencana melambangkan kedudukan istimewa Agama Islam sebagai agama rasmi negara kita; dan juga teras budaya sekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Obor, mata pena, buku terbuka, dan peralatan geometri pula, mengingatkan warga SKBS bahawa ilmu dan pelajaran adalah cahaya yang menerangi perjalanan hidup kita semua. 

Di samping itu, kedudukan peralatan geometri yang di susun sebegitu rupa sehingga membentuk sebuah cakera pemancar satelit; membawa maksud tersirat mengenai kepentingan pengetahuan sains dan teknologi bagi para pelajar sekolah ini.

Kehadiran garisan lurus, condong dan bertindih melambangkan peranan kritikal disiplin dalam usaha mengejar dan menimba pelajaran serta ilmu pengetahuan.

Bola sepak dan kayu hoki pula, membayangkan keazaman sekolah ini untuk sentiasa meningkatkan prestasi dalam bidang sukan, manakala banner di bawah sekali memaparkan Motto SK Bukit Sekilau:

Belajar • Berdisiplin • Berbakti


No comments:

Post a Comment