Monday, August 21, 2023

Sejarah Ringkas SK Bukit Sekilau

Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau [SKBS] telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5hb Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu, yakni 113 lelaki dan 75 perempuan. Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas: 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha.





Guru Besar pertama SKBS ialah Madam Chen Chin Fock dari Sek Men Air Putih, Kuantan. Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9hb September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baharu, En Abdul Hamid b Ali [GPK] telah memangku jawatan tersebut sehingga 31hb Disember, 1981. 

Staf Perintis SKBS merupakan sembilan staf akademik [termasuk dua pentadbir] dan lima staf sokongan. Seterusnya, pada 4hb Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Mentri Besar Pahang.

No comments:

Post a Comment